GEORGE TOWN: Polis mengklasifikasikan kes seorang ahli perniagaan yang ditemukan mati dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium mewah di Jalan Kelawai di sini, awal pagi tadi sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes kematian mangsa.
"Setakat ini, polis menjalankan siasatan kes itu sebagai SDR dan siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah namun kami menunggu laporan bedah siasat sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, mayat mangsa yang berusia 53 tahun dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) dan proses bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan ujian saringan COVID-19 diperoleh.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi tadi, mayat mangsa ditemukan oleh pengawal keselamatan di dalam kolam renang di kondominium mewah tersebut dengan kesan kecederaan parah pada keseluruhan badan dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 16, unit kondominiumnya.
BACA: Pemaju hartanah berpangkat Datuk maut jatuh kondominium
Soffian berkata pengawal keselamatan itu memaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa kepada ahli keluarganya sebelum menghubungi polis.
Menurut Soffian mangsa tinggal bersama isteri dan dua anaknya iaitu seorang lelaki dan seorang perempuannya di unit kondominium itu.
Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai identiti mangsa yang dikatakan antara saksi utama kes pendakwaan projek pembinaan terowong dasar laut turut memaklumkan bahawa identiti lelaki itu akan didedahkan selepas bedah siasat selesai dijalankan.
"Ketika polis sampai ke lokasi kejadian, lelaki itu telah pun meninggal dunia dan ketika ini kami masih menjalankan siasatan mengenai identiti mangsa serta punca kejadian tersebut.
"Isteri mangsa masih berada dalam keadaan trauma, setakat ini polis belum dapat menyoal siasat isteri dan ahli keluarga mangsa dengan lanjut," katanya.
Sementara itu, tinjauan di Jabatan Forensik HPP mendapati terdapat beberapa individu dipercayai ahli keluarga dan kenalan mangsa namun, enggan mengulas lanjut ketika ditemui media.
Tinjauan di kawasan kondominium mangsa juga mendapati pasukan forensik pasukan polis berada di lokasi kejadian dan menjalankan pemeriksaan di situ.
Terdahulu tular di media sosial yang mendakwa seorang lelaki bergelar Datuk dan saksi kes rasuah berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang, ditemukan mati dipercayai akibat terjatuh dari kondominiumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 05 2021

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes kematian mangsa.- Gambar fail

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Polis klasifikasi kes ahli perniagaan maut jatuh kondo sebagai mati mengejut
Polis mengklasifikasikan kes seorang ahli perniagaan yang ditemukan mati dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium mewah awal pagi tadi sebagai mati mengejut (SDR).