awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lumpuh sindiket guna lori tiga tan simpan, edar dadah

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2022
11:40 MYT
Polis lumpuh sindiket guna lori tiga tan simpan, edar dadah
Yahaya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini. - Fpto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Satu sindiket pengedaran dadah menggunakan lori tiga tan sebagai stor sebagai modus operandi terbaharu tumpas dengan penahanan enam individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.
Kesemua suspek yang juga dalang utama sindiket ini ditahan dalam empat serbuan berasingan di beberapa buah hotel sekitar Lembah Klang pada Khamis lalu.
Turut ditemui dalam serbuan itu pelbagai jenis dadah bernilai RM5.08 juta.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman berkata, empat lelaki warga tempatan, seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita warga Vietnam itu masing-masing tidak berjumpa secara bersemuka untuk elak kegiatan mereka dikesan polis.
Malah sindiket menjadikan hotel bajet sebagai markas penginapan, manakala sebuah lori tiga tan pula dipercayai dijadikan tempat menyembunyikan dadah.
Antara jenis dadah yang dirampas adalah 141 kilogram syabu yang ditemui dalam lori berkenaan, 0.7 gram heroin dan empat biji pil eramin 5 dalam serbuan di hotel.
Turut dirampas wang tunai RM5,000.
Dengan rampasan dadah ini, polis percaya dadah terbabit boleh dibekalkan kepada 280,000 orang penagih dadah.
Polis juga masih menyiasat sama ada lori berkenaan dijadikan pengangkutan bekalan ke sesuatu destinasi ataupun sekadar dijadikan stor simpanan.
"Sindiket berkenaan didapati bergerak aktif sejak sebulan lepas dengan modus operandi mereka berhubung sesama sendiri dan menjadikan tiga hotel berasingan sekitar ibu kota sebagai tempat persembunyian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.
Katanya lagi, pemeriksaan rekod jenayah mendapati, empat lelaki warga tempatan itu mempunyai rekod jenayah dadah.
Dua lagi warga asing ini dikesan memasuki negara mengguna pas sosial sejak sebulan lalu.
Polis percaya dadah berkenaan untuk pasaran luar Lembah Klang.
Kes kini disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#rampas syabu
#sindiket dadah
#Polis Kuala Lumpur
#Yahaya Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan