awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lupus 300kg dadah bernilai RM1.8 juta

Bernama
Bernama
20/08/2014
13:28 MYT
Polis lupus 300kg dadah bernilai RM1.8 juta
Dadah yang dilupuskan itu melibatkan kes yang telah selesai di mahkamah. - Gambar Fail
Sebanyak 300 kilogram dadah bernilai kira-kira RM1.8 juta yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lepas, dilupuskan di tapak pelupusan sisa toksik Pusat Kualiti Alam (Kualiti Alam Sdn Bhd) di Bukit Nenas dekat sini, hari ini.
Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur Datuk Aidi Ismail berkata dadah yang dilupuskan itu melibatkan kes yang telah selesai di mahkamah.
"Hari ini kita melupuskan dadah tradisional dan psikotropik terdiri daripada ganja, heroin, candu dan lain-lain...pihak mahkamah telah meminta kita supaya melakukan proses pelupusan itu.
"Jadi, pada kali ini kita menggunakan fasiliti Pusat Kualiti Alam di sini bagi tujuan pembakaran dengan penggunaan teknologi yang lebih bersih, canggih dan tidak membahayakan," katanya dalam sidang akhbar selepas pelupusan dadah itu di Pusat Kualiti Alam.
Ketua Pegawai Eksekutif UEM Environment Group, Khalid Bahsoon berkata pihaknya berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi menjayakan proses pelupusan dadah itu.
Topic Berkaitan
#Aidi Ismail
#bukit nenas
#Dadah
#lupus
#mahkamah
#polis
#rampas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan