Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan mahu penduduk di kawasan sempadan Kelantan-Thailand yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang termasuk penyeludupan segera meninggalkan aktiviti itu atau berhadapan dengan tindakan tegas.
"Elaklah daripada melakukan kerja yang bertentangan dengan undang-undang seperti penyeludupan khususnya pengedaran dadah, senjata api dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan sempadan tersebut di Rantau Panjang, pada Khamis.
Hasanuddin berkata demikian bagi mengulas kegiatan penyeludupan yang masih berlaku di sempadan Kelantan-Thailand yang disyaki turut melibatkan kalangan penduduk di kawasan sempadan tersebut.
Beliau berkata polis dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasa termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Kawalan Sempadan akan memperketatkan lagi kawalan di sempadan bagi mencegah sebarang cubaan penyeludupan.
Katanya, pihaknya juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa negara jiran bagi memastikan keadaan di sempadan sentiasa baik selain mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan.
Mengenai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha membanteras penyeludupan dadah di negeri ini, Hasanuddin berkata ia bakal dicapai tidak lama lagi.
Beliau berkata kesemua kes berkaitan tangkapan dan rampasan dadah menunjukkan peningkatan sejak Januari hingga Jun tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
"Mengikut statistik dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, seramai 8,934 orang berjaya ditangkap melibatkan 7,598 kes pelbagai kesalahan berkaitan dadah berbanding tempoh sama pada 2016 iaitu seramai 8,737 orang ditangkap melibatkan 7,866 kes," katanya.
Katanya, sejak awal tahun ini, seramai 570 pengedar dadah ditahan diikuti 2,951 orang ditangkap kerana memiliki dadah dan 5,413 orang didapati urin positif dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap penduduk di kawasan sempadan Kelantan-Thailand yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
16 pegawai, anggota polis Kedah dibuang kerja tahun 2020
Secara keseluruhan sebanyak 192 kertas siasatan dibuka dalam tempoh Januari hingga Disember 2020.
Tiada tangkapan pelanggaran SOP musim perayaan di Kelantan
Polis Kelantan membuat pemeriksaan ke atas 262 buah rumah sejak hari pertama sambutan Aidilfitri dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.
Tiga beradik lepaskan tembakan gara-gara pintu bilik hotel dipecahkan
Tiga das tembakan yang dilepaskan di Kampung Cabang Tiga Bagus, Rantau Panjang pagi Isnin disebabkan marah pintu bilik hotel dipecahkan seorang lelaki.
Remaja putus kaki kiri bukan akibat bermain basikal lajak
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata remaja tersebut kini dalam keadaan koma sedang dirawat di Hospital Tanah Merah.
Gereja, kuil di Kota Bharu dibaling 'penapis air berapi'
Goo Siew Lai dikejutkan dengan bunyi tingkap pecah di tingkat 3 dan 4 pukul 12 tengah malam tadi ketika sedang asyik membaca buku di tingkat 2.
Polis mahu penduduk di sempadan Kelantan-Thailand henti kegiatan penyeludupan
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan mahu penduduk di kawasan sempadan Kelantan-Thailand yang menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang segera meninggalkan aktiviti itu
Op Selamat 11 di Kelantan catat 11 kematian
Sebanyak 11 kematian direkodkan daripada 489 kemalangan jalan raya yang berlaku di Kelantan sehingga semalam sejak Op Selamat 11 dilancarkan 18 Jun lepas.