awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Malaysia ambil kenyataan Justo - Khalid

Bernama
Bernama
15/12/2015
07:48 MYT
Polis Malaysia ambil kenyataan Justo - Khalid
Justo dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lalu selepas mengaku mencuri 90 gigabait data daripada PetroSaudi International sebagai cubaannya untuk memeras ugut. - Gambar Fail
Rancangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil kenyataan daripada warga Switzerland, Xavier Andre Justo berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Bangkok hari ini berjalan seperti yang dirancang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu kepada Bernama.
Sementara iu wakil Bernama di Bangkok, Minggu Simon melaporkan pasukan PDRM dilihat memasuki kawasan penjara di mana bekas pekerja PetroSaudi itu sedang ditahan pada pukul 10 pagi tadi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) dan meninggalkan penjara sekitar tengah hari.
Mereka memberitahu akan datang semula petang ini.
Pasukan PDRM yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Siasatan/Perundangan), Datuk Amar Singh Ishar Singh ditugaskan untuk mengambil kenyataan daripada Justo.
Justo dijatuhi hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lalu selepas mengaku mencuri 90 gigabait data termasuk e-mel, dokumen dan bahan lain daripada PetroSaudi International sebagai cubaannya untuk memeras ugut.
PDRM cuba mendapatkan keterangan daripadanya sejak beberapa bulan lalu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Bangkok
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#PetroSaudi
#Xavier Andre Justo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan