awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis marin rampas rokok dan mercun bernilai lebih RM150,000

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
18/03/2022
06:35 MYT
Polis marin rampas rokok dan mercun bernilai lebih RM150,000
Hasil barangan yang dirampas dalam serbuan Op Kontraband di dua buah rumah yang menjadi tempat penyimpanan. - Polis Marin
BATU KURAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Utara merampas 102,100 batang rokok dipercayai tidak bercukai dan 180 kotak mercun yang dianggarkan bernilai RM151,345 dalam serbuan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau di Perak.
Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan dilakukan Unit Risikan Marin Pulau Pinang menerusi Op Kontraband bermula jam 6 petang Rabu di dua buah rumah yang menjadi tempat penyimpanan barang tersebut.
Dalam serbuan itu, seorang pekedai runcit warga tempatan yang disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran rokok seludup tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan.
Shamsol berkata, dalam serbuan pertama dirumah suspek berusia 50 tahun itu, pihak PPM merampas 77,450 batang rokok tidak bercukai.
Hasil soal siasat seterusnya membawa kepada lokasi kedua di mana 24,650 batang rokok tidak bercukai dan mercun dijumpai.
Shamsol berkata, siasatan pihaknya mendapati , suspek dipercayai mula bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai di sekitar Batu Kurau sejak enam bulan lalu.
"Suspek dipercayai menjadi pengedar kepada kedai-kedai runcit di kawasan berdekatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Semua hasil rampasan dan tangkapan itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Perak untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Topic Berkaitan
#rokok seludup
#mercun
#polis marin
#Batu Kurau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan