awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Melaka tahan 'cicak' terlibat 22 kes pecah rumah

Bernama
Bernama
23/10/2024
02:50 MYT
Polis Melaka tahan 'cicak' terlibat 22 kes pecah rumah
Polis turut merampas, antaranya, barang kemas seperti cincin, rantai, loket, gelang selain pelbagai jenis telefon bimbit, pakaian berjenama dan motosikal dianggar bernilai RM150,000. - Foto Polis Melaka
MELAKA: Seorang lelaki dikenali dengan panggilan 'Cicak' ditahan kerana disyaki terlibat dalam 22 jenayah pecah rumah di sekitar Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak awal tahun ini.
Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi berkata lelaki berusia 42 tahun dipercayai melakukan jenayah berkenaan secara solo itu ditahan di sebuah bilik hotel di Angkasa Nuri di sini kira-kira 4.20 petang 16 Okt lepas.
Beliau berkata polis turut merampas barangan antaranya barang kemas seperti cincin, rantai, loket, gelang selain pelbagai jenis telefon bimbit, pakaian berjenama dan motosikal dianggarkan bernilai RM150,000.
"Suspek yang dikenali dengan panggilan 'Cicak' itu menyasarkan rumah tidak berpenghuni sebelum memecah masuk premis terbabit dan mencuri pelbagai barang berharga.
"Berdasarkan rekod, suspek melakukan jenayah pecah rumah terbabit di sekitar Melaka Tengah serta Alor Gajah dan setakat ini, sebanyak 22 rumah dipercayai dipecah masuk oleh lelaki terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Md Nazri berkata polis turut merampas beg hitam mengandungi satu plastik lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan berat dianggarkan 5.34 gram.
Beliau berkata saringan ujian air kencing yang dijalankan terhadap lelaki berkenaan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain turut memiliki 14 rekod jenayah lampau termasuk 10 kes pecah rumah.
Suspek direman selama 10 hari hingga Jumaat ini (25 Okt) bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun selain denda dan sebat, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Melaka
#pecah rumah
#cicak
#Md Nazri Zawawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan