awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

Bernama
Bernama
16/12/2024
12:45 MYT
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Wan Mohd Zahari berkata laporan kehilangan Nur Soleeha Sorfina Zabri dibuat oleh ibunya kira-kira 8.49 malam tadi. - Gambar Sinar Harian
KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang, dengan kali terakhir dilihat di rumahnya di Taman Sri Inderapura, Jalan Kuantan–Pekan di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata laporan kehilangan Nur Soleeha Sorfina Zabri dibuat oleh ibunya kira-kira 8.49 malam tadi.
Beliau berkata wanita itu menyedari kehilangan anaknya kira-kira pukul 3 pagi apabila mendapati mangsa yang sudah tidak bersekolah tiada di dalam biliknya.
“Pengadu telah mencari di sekitar Kuantan, tetapi gagal menjumpai anak perempuannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan menerusi talian 09-5652089.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#balai polis
#Anak perempuan
#Orang ramai
#hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan