awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta henti spekulasi cubaan culik murid di Nilai

Shuhami Zabri
Shuhami Zabri
21/09/2015
00:00 MYT
Polis minta henti spekulasi cubaan culik murid di Nilai
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata setakat ini, pihaknya belum dapat mengesahkan mengenai kejadian itu. - Gambar Hiasan
Polis meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi mengenai cubaan menculik seorang murid perempuan pra-sekolah di Nilai, Negeri Sembilan, seperti yang tersebar di Facebook pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata setakat ini, pihaknya belum dapat mengesahkan mengenai kejadian itu.
Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima, seorang lelaki berumur lewat 20-an yang mendakwa bapa saudara kepada murid tersebut dikatakan telah pergi ke sekolah murid itu dan mahu menjemputnya pulang pada Khamis lepas.
"Dia telah pergi ke kelas murid tersebut. Bagaimanapun, selepas menemuinya, lelaki terbabit meninggalkan kawasan sekolah, tanpa mengambil sebarang tindakan ke atas murid berkenaan," katanya pada Ahad.
Menurutnya, lelaki terbabit dikatakan datang ke sekolah itu menaiki kereta bersama beberapa individu lain.
Berikutan itu, ibu murid tersebut kemudian membuat laporan polis.
Zaldino berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut dan kini sedang mengesan lelaki terbabit.
Katanya, polis turut mengedar fotofit lelaki berkenaan bagi memudahkan orang ramai mengenalinya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Mohd Tarmizi Said di talian 017-9000146.
Topic Berkaitan
#culik
#Facebook
#Negeri Sembilan
#nilai
#Zaldino Zaludin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan