awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta saksi kemalangan maut di jambatan Pulau Pinang tampil bantu siasatan

Bernama
Bernama
12/08/2025
15:55 MYT
Polis minta saksi kemalangan maut di jambatan Pulau Pinang tampil bantu siasatan
Polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai rakaman papan pemuka kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di KM 4.8 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, petang tadi supaya tampil membantu siasatan. - Foto Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai rakaman papan pemuka kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Kilometer 4.8 Jambatan Pulau Pinang arah Perai di sini, petang tadi supaya tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata kejadian dimaklumkan kepada kaunter aduan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada 2 petang, melibatkan seorang lelaki berusia 65 tahun.
"Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari George Town menghala ke Butterworth dan ketika tiba di lokasi, motosikal ditungganginya dipercayai telah bergesel dengan kenderaan lain sebelum terjatuh serta digilis sebuah kenderaan berat.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan malam ini.
Helmi memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.
Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Insp S. Saravanan melalui talian 016-4525105 atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kejadian tersebut turut tular di media sosial petang tadi yang memaparkan tubuh mangsa dalam keadaan tidak sempurna di atas jalan raya bersama motosikalnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
#saksi kemalangan
#Jambatan Pulau Pinang
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami