awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi 3 pegawai Bank Negara disiasat

Hakim Rahman
Hakim Rahman
12/07/2015
14:15 MYT
Polis nafi 3 pegawai Bank Negara disiasat
KHALID: Tiga pegawai kanan BNM tersebut buat masa ini tidak mempunyai kaitan dengan siasatan kes 1MDB.
Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan tiga pegawai kanan Bank Negara Malaysia (BNM) disiasat pihaknya atas dakwaan membocorkan maklumat sulit kepada pihak media.
Menurut Ketua Polis Negara itu, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut memandangkan siasatan kes berkenaan sedang berjalan.
Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan orang ramai dipanggil untuk memberikan keterangan termasuk pegawai BNM dan bank komersial lain bagi membantu siasatan.
"Bagaimanapun tiga pegawai kanan yang disebut itu, buat masa ini tidak mempunyai kaitan dengan siasatan kes ini," katanya.
Sebuah portal, Malaysia Today mendakwa tiga pegawai kanan BNM sedang disiasat pihak berkuasa kerana disyaki membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal (WSJ) berhubung skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengendalinya Raja Petra Kamaruddin menerusi artikel bertajuk 'The Bank Negara Scandal, Yet Again' pada Sabtu mendakwa pegawai-pegawai BNM terbabit disiasat Pasukan Petugas Khas kerana membocorkan maklumat perbankan sulit yang sedang disiasat kepada WSJ.
Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan BNM sambil menyatakan dakwaan tersebut tidak berasas dan pihak mereka telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
BNM dalam kenyataannya hari ini juga berkata mereka akan terus menyiasat mana-mana pelanggaran terhadap undang-undang di bawah kawal selianya, dan usaha mereka turut mendapat sokongan sepenuh daripada Pasukan Petugas Khas.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Bank Negara
#Khalid Abu Bakar
#pasukan petugas khas
#Wall Street Journal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan