awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi dakwaan enggan terima laporan remaja perempuan hilang

Bernama
Bernama
01/10/2024
15:26 MYT
Polis nafi dakwaan enggan terima laporan remaja perempuan hilang
Polis hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial konon pihaknya enggan menerima laporan tentang seorang remaja perempuan yang disangkakan hilang sebelum ditemukan selamat. - Foto hiasan/PDRM
KUALA LUMPUR: Polis hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial konon pihaknya enggan menerima laporan tentang seorang remaja perempuan yang disangkakan hilang sebelum ditemukan selamat.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata siasatan mendapati laporan berhubung kejadian itu telah diterima oleh pihak polis dalam tempoh tiga jam 11 minit selepas remaja tersebut gagal dihubungi oleh ibunya.
"Ini membuktikan bahawa pihak polis telah menerima laporan berkenaan kurang daripada tempoh 24 jam. Sehubungan itu, polis menasihatkan agar orang ramai supaya berhati-hati dalam menyebarkan atau memuat naik sebarang bentuk kenyataan yang tidak benar atau palsu.
"Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, seorang individu menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial X awal pagi ini mendakwa pihak polis enggan menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan kerana didapati belum hilang selama 24 jam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan remaja hilang
#polis nafi
#enggan terima laporan
#Polis Daerah Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan