awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi dakwaan laporan forensik kes rogol exco Perak hilang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/07/2019
09:23 MYT
Polis nafi dakwaan laporan forensik kes rogol exco Perak hilang
Razarudin berkata dakwaan pemilik akaun Facebook 1 Malaysia Tolak DAP bahawa laporan forensik dilaporkan hilang adalah palsu. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima laporan forensik daripada Jabatan Kimia dan juga pihak hospital berhubung dakwaan seorang exco negeri Perak merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata dakwaan pemilik akaun Facebook 1 Malaysia Tolak DAP bahawa laporan forensik dilaporkan hilang adalah palsu.
“Kenyataan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook tersebut merupakan satu fitnah yang mampu mencabar kewibawaan polis yang menjalankan tugas dengan telus dan teliti.
“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh PDRM Perak berhubung kenyataan pemilik akaun Facebook 1 Malaysia Tolak DAP itu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Terdahulu, tular di laman media sosial status pemilik akaun tersebut yang berbunyi "Laporan forensik kes rogol exco DAP Perak dilaporkan hilang. Bagaimana boleh hilang? Ada tangan ghaibkah yg mengarahkan laporan forensik tersebut dilenyapkan?" dengan mengaitkan kenyataan media Ketua Wanita MCA.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata pihaknya ingin menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis, menidakkan ketelusan, keadilan dan nama baik PDRM, terutamanya PDRM Perak.
Pada 9 Julai lalu, exco berusia 49 tahun itu disiasat polis selepas disyaki merogol pembantu rumahnya.
Difahamkan, mangsa tampil membuat laporan polis selepas mendakwa dirogol di kediaman lelaki itu di Meru, Ipoh.
Topic Berkaitan
#Datuk Razarudin Husain
#Exco Negeri Perak
#Facebook 1 Malaysia Tolak DAP
#Jabatan Kimia
#Ketua Polis Perak
#laporan forensik
#pembantu rumah
#rogol
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan