Polis menafikan mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut akibat didera di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pagi tadi diawet di dalam tong ikan seperti dilaporkan media tempatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata sebaliknya polis tidak menolak kemungkinan suspek lelaki iaitu teman lelaki kepada ibu mangsa meletakkan ais ketul di dalam tong ikan berkenaan sebelum meletakkan pita pelekat di sekeliling penutup tong itu.
"Ia berdasarkan penemuan air di dalam tong berkenaan. Siasatan polis mendapati tiada bahan pengawet digunakan suspek untuk menyembunyikan mayat kanak-kanak tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Awal pagi tadi, aduan diterima Polis Kuala Muda berhubung kes pergaduhan di flat berkenaan, membongkar kes penderaan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.
BACA: Maut didera: Ibu lihat sendiri anak dibungkus, diletak dalam tong ikan - Jiran
Mayat kanak-kanak itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong dalam bilik di rumah terbabit.
Jelasnya, ketika tong itu dibuka, polis mendapati 60 peratus badan mangsa sudah pun reput akibat diletakkan lebih dua minggu di dalam tong berkenaan, manakala seluruh kulit serta rambut mangsa sudah terlerai dari badannya.
"Mayat dibungkus dengan selimut dan berada dalam kedudukan mengiring," katanya.
Terdahulu, nenek mangsa yang berusia lingkungan awal 60-an serta dua anggota keluarga datang untuk membuat pengecaman kira-kira jam 4.30 petang. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2016
Mayat kanak-kanak itu ditemukan berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong dalam bilik di rumah terbabit. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Yu paus ditemukan mati di perairan Tanjung Tohor
Punca kematian ikan tersebut belum diketahui setakat ini dan ia akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu.
Demi wang pencen, anak simpan mayat ibu 3 tahun dalam peti sejuk beku
Mayat wanita itu disimpan di dalam peti sejuk beku dalam keadaan berbalut seperti mumia selepas diawet dengan bahan kimia.
Polis nafi mayat kanak-kanak mangsa dera diawet
Polis menafikan mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut akibat didera di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pagi tadi diawet di dalam tong ikan seperti dilaporkan media tempatan.
La Pascualita, kisah anak diawet jadi patung pengantin hanya legenda urban?
Patung pengantin perempuan yang menjadi hiasan tingkap butik tersebut dikatakan adalah anak kepada pemilik butik.
Mayat Chavez akan diawet untuk pameran muzium tentera
Mayat mendiang Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang diawet akan dipamerkan secara kekal dalam sebuah keranda berkaca di muzium tentera negara itu.