awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demi wang pencen, anak simpan mayat ibu 3 tahun dalam peti sejuk beku

Agensi
Agensi
06/04/2018
12:43 MYT
Demi wang pencen, anak simpan mayat ibu 3 tahun dalam peti sejuk beku
Inilah peti sejuk beku yang digunakan Subhabrata menyimpan mayat ibunya selama tiga tahun - Foto BBC
MISTERI kehilangan seorang wanita selama tiga tahun akhirnya terjawab. Lokasinya di rumahnya sendiri, dalam keadaan sudah tidak lagi bernyawa.
Sepanjang tempoh kehilangannya itu mayatnya diawet, dibalut seperti mumia dan disimpan di dalam peti sejuk beku. Turut ditemui beberapa bekas mengandungi beberapa anggota badan manusia.
Polis India menahan suspek Subhabrata Majumdar yang juga anak kandung mangsa.
Siasatan antara lain menjurus kepada sama ada suspek menyimpan mayat ibunya itu supaya dia boleh mengeluarkan wang pencen ibunya dengan merahsiakan kematiannya.
Subhabrata juga dilaporkan yakin ibunya akan dilahirkan semula sekiranya mayatnya diawet dan dijaga rapi.
“Kami menemui beberapa jurnal mengenai kaedah mengawet mayat dan buku berkaitan kelahiran semula’ kata pegawai polis, Amitabh Bhattasali kepada BBC.
Suspek bertugas sebagai ahli teknologi kulit, yang memudahkannya mendapatkan akses bahan kimia yang digunakan bagi mengawet mayat.
Menurut laporan selepas wanita itu mati pada April 2015, keluarganya memilih untuk tidak membakar mayatnya, sebaliknya menyimpannya dalam peti sejuk beku.
Kedua-dua ibu bapa Subhabrata telah bersara dan menerima wang pencen bulanan yang tidak boleh dikeluarkan sekiranya seseorang itu telah mati.
Bagaimanapun siasatan mendapati wang wanita itu dikeluarkan secara kerap menggunakan kad debit miliknya.
Polis turut menyoal siasat ayah suspek yang juga suami mangsa.
Topic Berkaitan
#awet
#India
#mangsa
#mati
#mayat
#mumia
#peti sejuk
#polis
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan