awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi sahkan kejadian curah minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

Bernama
Bernama
01/12/2015
07:52 MYT
Polis nafi sahkan kejadian curah minyak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
Pihak polis juga tidak mengesahkan insiden itu dan sehingga kini, polis tidak menerima sebarang aduan yang khusus berkaitan perkara itu.
Polis hari ini menafikan terdapat kegiatan mencurah minyak ke atas jalan raya di Kilometer 72 hingga 74 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebagaimana yang didakwa pihak tertentu dalam laman sosial Facebook 'Kelab Info Trafik'.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata pihak polis juga tidak mengesahkan insiden itu dan sehingga kini, polis tidak menerima sebarang aduan yang khusus berkaitan perkara itu.
"Bagaimanapun, pihak polis akan memantau dan menjalankan siasatan ke atas perkara ini, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan perlahankan kenderaan di laluan yang berselekoh," katanya kepada Bernama di sini.
Mohamad Mansor turut meminta para pengguna lebuh raya supaya mematuhi had laju yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kenderaan hilang kawalan sekiranya dipandu laju terutamanya semasa hari hujan.
Topic Berkaitan
#KLK
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
#Mohamad Mansor Mohamad Nor
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan