awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi sekeluarga ditemui mati dalam rumah ketika kuarantin COVID-19

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
26/05/2021
09:14 MYT
Polis nafi sekeluarga ditemui mati dalam rumah ketika kuarantin COVID-19
Tular di laman sosial gambar dan video pendek berdurasi 20 saat yang memaparkan beberapa petugas lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) sedang mengangkat mayat ke dalam trak polis. - Foto tular
MELAKA: Polis menafikan video tular sebuah keluarga meninggal dunia dalam rumah di Taman Merdeka, di sini yang dikaitkan dengan COVID-19.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, sehingga petang ini tiada sebarang laporan diterima membabitkan kes berkenaan yang mula ditularkan di media sosial sejak semalam.
“Kita nafikan kejadian kematian akibat COVID-19 seperti ditularkan itu berlaku di daerah Melaka Tengah ini.
“Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kes kematian seperti yang didakwa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Terdahulu, tular di laman sosial gambar dan video pendek berdurasi 20 saat yang memaparkan beberapa petugas lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) sedang mengangkat mayat ke dalam trak polis.
Kematian itu didakwa berlaku selepas keluarga berkenaan yang sedang menjalani kuarantin di rumah tidak hadir janji temu dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melakukan saringan, sebelum ditemui meninggal dunia.
Mengulas lanjut ujar Afzanizar, pihaknya menasihati orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan sesuatu berita bagi mengelakkan kekeliruan.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu sehingga wujud keadaan panik kepada msyarakat.
“Tindakan itu merupakan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan mengikut undang-undang yang ada,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#berita palsu
#video tular
#kuarantin
#sekeluarga meninggal dunia
#media sosial
#laman sosial
#KKM
#Afzanizar Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan