Skip to main content

Malaysia

Polis nasihat pengajur konvoi sempena Bulan Kebangsaan patuhi peraturan

61733702778_konvoi.jpg
Jumlah konvoi motosikal dan kenderaan dijangka meningkat apabila masyarakat mengadakan pelbagai aktiviti sempena Hari Kebangsaan bulan ini. - Gambar hiasan
Advertisement

NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang menasihatkan penganjur konvoi sempena Bulan Kebangsaan supaya memaklumkan aktiviti kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan pandangan polis serta memastikan semua peraturan lalu lintas dipatuhi demi keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim berkata pihaknya tidak menghalang aktiviti konvoi, namun peserta perlu mengelakkan tindakan berbahaya atau kecuaian yang boleh mengancam keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata nasihat itu amat relevan menjelang sambutan Bulan Kebangsaan kerana jumlah konvoi motosikal dan kenderaan dijangka meningkat apabila masyarakat mengadakan pelbagai aktiviti sempena Hari Kebangsaan bulan ini.

Lim berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan Program Amal Konvoi Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ipoh Superbiker’s Club (ISBC) sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 dan Hari Polis ke-219, di sini hari ini.

Program itu turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad yang mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

-- BERNAMA. 

 

Must Watch Video

Advertisement