awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang

Bernama
Bernama
09/01/2025
10:18 MYT
Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang
Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, hari ini. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai objek mencurigakan yang menyerupai bahan letupan di kawasan itu pada 9.50 pagi.
"Polis telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dengan dibantu Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia dan pasukan siasatan forensik Kontinjen Pulau Pinang sebelum berjaya menyahaktifkan objek tersebut pada 11.50 pagi.
"Hasil analisis awal mendapati objek itu diperbuat daripada kertas, wayar dan simen serta tidak mengandungi sebarang bahan letupan," katanya dalam kenyataan.
Beliau memaklumkan tempat kejadian disahkan selamat dan dibuka kepada orang ramai pada 12.15 tengah hari serta tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dalam kejadian tersebut.
Terdahulu, tular beberapa gambar dan video anggota polis menjalankan pemeriksaan dan kawalan di kawasan tersebut sebelum UPB berada di lokasi kejadian disusuli dengan bunyi letupan dipercayai untuk menyahaktifkan objek berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#nyahaktif objek
#Sungai Pinang
#bahan letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan