GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang telah lengkap dos vaksin COVID-19 agar menyediakan salin layar (screen shot) sijil digital Mysejahtera kepada anggota polis bagi melancarkan perjalanan serta pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR), di negeri itu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh berkata salin layar dalam telefon bimbit masing-masing itu hendaklah ditunjukkan kepada pegawai atau anggota polis di SJR ketika mereka mahu merentas daerah seperti dibenarkan bermula esok.
"Ini bermakna mereka yang berjaya melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan selepas tempoh dua minggu, telah layak untuk mendapatkan kemudahan yang telah diberikan seperti merentas daerah, namun rentas negeri masih belum dibenarkan kecuali bagi beberapa syarat tertentu
"Bagi memudahkan petugas barisan hadapan terutama di lokasi SJR, mereka yang telah lengkap dua dos ini dinasihat untuk menyediakan salin layar di dalam telefon bimbit masing-masing ketika diperiksa pegawai atau anggota," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya menurut sumber Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kira-kira 61.7 peratus penduduk di Pulau Pinang telah menerima dos pertama vaksin, manakala lebih kurang 27 peratus telah melengkapi dua dos vaksin.
Fisol berkata peraturan dan garis panduan yang telah dikeluarkan semalam adalah jelas memaklumkan syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengadakan aktiviti yang dibenarkan seperti sukan, riadah, rekreasi dan sektor sosial.
Katanya peraturan dan garis panduan itu juga menyasarkan pelanggan yang memiliki vaksin lengkap bagi menikmati kemudahan seperti dine-in dan pemilik atau pengusaha premis makanan hendaklah memastikan bahawa pekerja telah divaksin dengan mempamerkan deklarasi penerima vaksin lengkap.
"Pemilik premis juga perlu memastikan bilangan pelanggan di satu meja hanyalah 50 peratus daripada keluasan dan memastikan susun atur meja mengikut penjarakan, sistem pengudaraan di dalam kedai adalah baik serta memastikan hanya pelanggan yang telah menerima vaksin lengkap berada di dalam kedai," katanya.
Katanya orang ramai dinasihatkan agar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan semua objektif pelan pemulihan negara berjaya dicapai.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang melalui ketua-ketua polis daerah telah diarahkan untuk melaksanakan pemantauan ke atas semua premis bagi memastikan semua SOP ketat yang ditetapkan dipatuhi semua orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021
Fisol berkata salin layar dalam telefon bimbit masing-masing itu hendaklah ditunjukkan kepada pegawai atau anggota polis di SJR. - fotoBERNAMA
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.