Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya pihak polis sedang memantau beberapa blog yang mendakwa parti tertentu merancang melakukan kekecohan pada hari mengundi.

Jelas Muhyiddin, malahan ada yang melaporkan akan membuat kacau di pusat pengundian sekiranya tidak suka dengan apa yang dilakukan pegawai di tempat mengundi.

Tambah Muhyiddin perkara berkenaan sudah dijangka berdasarkan kenyataan beberapa penyokong pakatan pembangkang.

blog

"Mereka akan berbuat banyak perkara contohnya pada hari mengundi dia masuk ke tempat mengundi, dia tidak suka dengan apa yang pegawai di pusat pengundian lakukan, dia akan tolak tidak mahu ambil kertas undi. Tujuannya supaya akan menimbulkan ketegangan di situ dan kalau berlaku dia akan rakam video dan sebar luaskan sehingga menjadi viral. Jadi orang akan kata SPR tidak bertanggungawab dan SPR tidak berlaku adil."

Tambah Muhyiddin perkara berkenaan merupakan sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang remeh.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pekan Layang-layang, Kluang.