awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang

Bernama
Bernama
12/01/2025
09:20 MYT
Polis pantau empat lokasi susulan ombak besar, angin kencang
MetMalaysia mengeluarkan kenyataan angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan. - Foto BERNAMA
KUALA NERUS: Seramai 22 petugas termasuk pegawai dan anggota polis dikerah untuk menjalankan pemantauan secara berkala di empat lokasi pantai yang menjadi tumpuan orang ramai berikutan fenomena ombak besar dan angin kencang.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.
Beliau berkata pemantauan ini bertujuan memastikan keselamatan orang ramai susulan fenomena ombak besar dan angin kencang yang dijangka mencapai kelajuan 60 hingga 70 kilometer sejam (km/j) sepanjang minggu hadapan.
"Malam ini dijangka berlaku air pasang besar pada pukul 10 malam. Jadi, saya nasihatkan penduduk dan orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai kerana ia sangat berbahaya.
"Saya minta orang ramai tidak mengambil mudah soal keselamatan kerana kami dapati masih ramai, terutama golongan remaja yang berkumpul di tepi tembok di Pantai Seberang Takir untuk melihat ombak," katanya ketika meninjau jalan rosak di Kampung Tanjung di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azli berkata dua jalan pantai iaitu di Kampung Mengabang Telipot dan Kampung Tanjung, telah ditutup sepenuhnya kepada semua pengguna jalan raya bermula semalam.
Menurutnya lokasi tersebut yang menjadi tumpuan orang ramai untuk aktiviti rekreasi terpaksa ditutup kerana rosak dan atas faktor keselamatan lain.
"Kami terpaksa menutup jalan pantai Mengabang Telipot sepanjang 300 meter dan jalan Kampung Tanjung sekitar 330 meter sebagai langkah berjaga-jaga berikutan fenomena angin kencang dan air pasang besar.
"Kami akan menutup jalan ini sehingga keadaan angin atau ombak kembali reda. Dalam tempoh ini, orang ramai boleh menggunakan beberapa jalan alternatif yang boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ombak besar
#angin kencang
#Kuala Nerus
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan