awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perak akan bantu siasatan kes Cikgu Istiqomah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/08/2024
03:57 MYT
Polis Perak akan bantu siasatan kes Cikgu Istiqomah
AZIZI: Setakat ini bergantung kepada pegawai penyiasat di Melaka, kalau ada kaitan dengan Perak, sekiranya diminta untuk membantu, kita akan bantu. - Gambar fail
IPOH: Polis Perak akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan berhubung kes seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi, yang mayatnya ditemukan tanpa kepala dan kedua-dua tangan di Alor Gajah, Melaka pada Disember lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, walaupun kes itu membabitkan penahanan suami isteri berusia 36 dan 37 tahun di Chemor dekat sini pada 5 Ogos lalu, pihaknya masih belum menerima sebarang pemintaan daripada Polis Kontinjen Melaka bagi membantu siasatan.
"Setakat ini bergantung kepada pegawai penyiasat di Melaka, kalau ada kaitan dengan Perak, sekiranya diminta untuk membantu, kita akan bantu," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah mengesahkan bahawa mayat tanpa kepala dan tangan yang ditemukan di tepi jalan di kawasan kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah pada 31 Dis lepas, adalah mayat Istiqomah seorang guru yang dilaporkan hilang pada hilang pada 27 Dis 2023.
Beliau berkata polis telah menahan reman satu pasangan suami isteri bagi membantu siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun isteri suspek berusia 36 tahun yang turut direman bersamanya selama seminggu sejak 6 Ogos, dibebaskan dengan jaminan polis.
Topic Berkaitan
#Istiqomah Ahmad Rozi
#polis perak
#siasatan
#Azizi Mat Aris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan