awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM

Bernama
Bernama
22/02/2024
22:50 MYT
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Kertas siasatan polis dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini.
IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun yang berlaku di sekitar bandar raya ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
"Dengan tertangkapnya suspek ini kita telah berjaya menyelesaikan 20 kes samun di mesin ATM sekitar bandar raya Ipoh sejak Januari tahun lepas.
"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan pertuduhan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh esok (Jumaat)," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Yahaya berkata suspek aktif melakukan jenayah samun secara sendirian dan menyasarkan pelanggan yang sedang mengeluarkan wang di ATM.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan meningkatkan keselamatan diri khususnya ketika mengeluarkan wang daripada mesin ATM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun di ATM
#samun
#ATM
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan