Perhimpunan PGIP4114 (Ibu-Bapa Berhimpun dan Membantah) yang dirancang Sabtu ini Taman Jaya adalah 'haram' kerana pihak polis berkata mereka belum menerima apa-apa notis tentangnya.

Menurut Petaling Jaya Ketua Polis Daerah ACP Arjunaidi Mohamed, pihak penganjur, iaitu ASPIRES (Persatuan Ibu Bapa dan Individu Ke Arah Merevisi Sistem Pendidikan) tidak memaklumkan beliau mengenai perhimpunan itu.

Kenyataan Arjunaidi ini bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh ketua dan penyelaras ASPIRES iaitu Shamsudin Hamid sebelum ini. Shamsudin telah mengatakan bahawa polis bukan sahaja telah dimaklumkan tetapi telah memberi laluan untuk perhimpunan ini diadakan.

"Tidak. Saya tidak mendengar apa-apa daripada penganjur dan tiada notis daripada mereka. Akta Perhimpunan Aman 2012 memerlukan pemberitahuan 10 hari sebelum perhimpunan," Arjunaidi memberitahu Astro AWANI.

Arjunaidi berkata ia adalah "mustahil" polis telah diberitahu tanpa pengetahuannya kerana beliau meerupakan “satu-satunya orang yang boleh menandatangi dokumen notis itu. "

"Oleh itu, ia adalah satu perhimpunan yang bertentangan dengan undang-undang, " katanya.

Sementara itu, Shamsudin menegaskan bahawa pihak polis telah menerima notis mereka dan mendakwa bahawa mereka tidak melanggari undang-undang.

Diminta bukti notis tersebut, Shamsudin telah menghantar satu salinan dokumen itu. Ia menunjukkan suatu cap penerimaan pada 19 Dec

ASPIRES

Sekumpulan ibu bapa dan penyokong mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan pagi Sabtu ini untuk mendesak kerajaan memulihkan sistem pendidikan yang didakwa “dalam keadaan tenat”.

ASPIRES beranggapan masa depan anak-anak berada dalam keadaan terancam dan perhimpunan terpaksa diadakan setelah pandangan mereka tidak diendahkan.

Antara tuntutan yang digariskan ASPIRES:

• Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dimansuhkan pada tahun 2009 dikembalikan.

• Untuk menawarkan program peperiksaan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) yang kini hanya ditawarkan kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sekolah kebangsaan juga.