awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pertimbang panggil Syed Husin

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2019
06:16 MYT
Polis pertimbang panggil Syed Husin
Polis telah menerima sebanyak 867 laporan polis terhadap Muhammad Zamri Vinoth. - Bernama
Polis mengesahkan menerima laporan terhadap Dr. Syed Husin Ali ekoran kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu semasa forum mengenai Statut Rom di Universiti Malaya (UM) yang didakwa menghina institusi raja-raja.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis akan menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan atau undang-undang lain yang berkaitan selain turut akan memanggil Syed Husin.
“Ada beberapa pihak telah buat laporan polis termasuk NGO yang tidak puas hati, jadi kami akan siasat dan lihat jika ada keperluan untuk panggil dia,” kata Mohamad Fuzi.
Beliau berkata demikian dalam pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian ibu pejabat polis daerah Brickfields pada Isnin.
Hadir sama, pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.
Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis terhadap Syed Husin berikutan kenyataannya di forum tersebut yang disifatkan telah menimbulkan kebencian terhadap raja-raja Melayu.
Sementara itu, Mohamad Fuzi turut mengesahkan pihaknya telah menerima sebanyak 867 laporan polis terhadap Muhammad Zamri Vinoth yang juga pembantu pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik yang didakwa menghina agama Hindu.
Muhammad Zamri yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia Perlis telah ditahan polis di Arau, awal pagi semalam (Ahad) dan akan direman selama empat hari.
Topic Berkaitan
#Islam
#kerajaan
#Ketua Polis Negara
#Melayu
#Mohamad Fuzi Harun
#NGO
#polis
#undang-undang
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan