NATIONAL
Polis Pulau Pinang tumpas geng pecah rumah, samun rentas negeri

Beliau berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu aktif melakukan jenayah pecah rumah serta samun sejak beberapa bulan lepas. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu kumpulan penjenayah yang aktif melakukan pecah rumah dan samun rentas negeri selepas menahan empat lelaki dalam operasi di negeri ini dan Perak dalam operasi sejak Sabtu lepas.
Ringkasan AI
- Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan kumpulan yang aktif melakukan pecah rumah dan samun rentas negeri selepas menahan empat lelaki dalam operasi di Pulau Pinang dan Perak.
- Dua daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, dan kumpulan ini dipercayai telah beroperasi sejak beberapa bulan lalu.
- Semua suspek kini direman hingga 14 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
"Mereka melakukan jenayah jenayah rentas negeri, melibatkan kawasan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang; Bandar Baharu, Kedah dan Parit Buntar, Perak yang terletak bersempadan antara satu sama lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata semua suspek direman hingga 14 Mei bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami