awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan pelakon lelaki didakwa pukul kekasih

Sinar Harian
Sinar Harian
24/04/2025
05:45 MYT
Polis rakam keterangan pelakon lelaki didakwa pukul kekasih
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek hadir untuk memberi keterangan malam tadi. - Gambar hiasan
PETALING JAYA: Polis merakam keterangan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul kekasihnya hingga cedera dalam kejadian di Ara Damansara, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, suspek hadir untuk memberi keterangan malam tadi.
"Suspek bagaimanapun tidak ditahan sebelum dibebaskan selepas proses rakaman percakapan selesai.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya pada Khamis.
Terdahulu, media melaporkan bahawa polis akan memanggil pelakon lelaki terbabit dalam masa terdekat selepas menerima laporan daripada kekasihnya, 7 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa mendakwa dipukul di muka dan badan oleh suspek menggunakan tangan.
"Siasatan mendapati mangsa pernah membuat laporan polis terhadap suspek pada tahun lalu berhubung kejadian sama, namun laporan itu ditarik balik oleh mangsa sendiri,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pelakon pukul kekasih
#PDRM
#pelakon terkenal
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan