awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal

Bernama
Bernama
04/02/2025
05:40 MYT
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Yahaya berkata keterangan wanita berusia 38 tahun itu direkodkan di Perak dan pihaknya kini di peringkat akhir bagi melengkap kertas siasatan. - Gambar fail
KUANTAN: Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata keterangan wanita berusia 38 tahun itu direkodkan di Perak dan pihaknya kini di peringkat akhir bagi melengkap kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kita akan serahkan kertas siasatan berkenaan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.
Sebelum ini, Istana Pahang menafikan hantaran tular mengenai perkahwinan diraja melibatkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita yang kononnya akan berlangsung April ini.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang Mej Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata hantaran yang dimuat naik pengguna platform Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) menyaksikan wanita itu menerangkan majlis perkahwinannya dengan Tengku Hassanal.
Sementara itu, Yahaya memaklumkan pada bulan pertama tahun ini lebih RM6 juta kerugian direkodkan melibatkan 232 kes jenayah komersial berbanding 220 kes dengan kerugian RM8.7 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Berhubung Op Selamat 23 sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025, Yahaya berkata 7,074 saman dikeluarkan dengan kesalahan paling banyak adalah memandu melebihi had laju.
Beliau berkata 383 kes kemalangan direkodkan dalam operasi itu dan empat kes dicatatkan bagi kemalangan maut.
"Tahniah kepada daerah Raub yang dinobatkan sebagai Johan Daerah Terbaik seluruh Malaysia manakala Kontinjen Pahang berada pada kedudukan kelima terbaik bagi Op Selamat 23," katanya.
Yahaya berkata penilaian itu dibuat menerusi sistem Op Selamat yang mengambil kira antaranya jumlah kemalangan dan pengeluaran saman selain pengurusan advokasi serta perancangan keseluruhan kontinjen bagi menghadapi operasi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Hassanal
#dakwaan kahwin
#PDRM
#identiti wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan