awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam percakapan lima individu siasat dakwaan William didera

Bernama
Bernama
30/01/2013
13:31 MYT
Polis rakam percakapan lima individu siasat dakwaan William didera
Polis mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan William Yau Zhen Zhong, 6, pernah didera sebelum dia hilang dan ditemui mati Khamis lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt P. R. Gunarajan berkata kelima-lima individu itu ialah moyang, datuk saudara dan bapa saudara William serta seorang lelaki dan anak perempuannya yang juga jiran kepada moyang kanak-kanak itu.
Beliau berkata rakaman percakapan itu dilakukan empat pegawai masing-masing dua dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di rumah moyang William di Batang Melaka, Jasin dekat sini, petang semalam.
"Rakaman percakapan kelima-lima individu berkenaan dijalankan selama empat jam bermula 3.30 petang hingga 7.30 malam," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Gunarajan berkata polis juga akan memanggil dua lagi individu termasuk nenek William, Chee Chou Moi, 68, bagi membantu siasatan kes itu.
"Buat sementara ini kami belum memanggil nenek William untuk merakam keterangan kerana dia masih bersedih dengan kejadian menimpa cucunya," katanya.
William, anak kedua pasangan Goh Ying Ying, 28, dan Yau Kok Kang, 32, dilapor hilang pada 16 Jan di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.
Pada 24 Jan, mayat seorang kanak-kanak lelaki lengkap berpakaian ditemui di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang dan laporan awal DNA oleh Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak lelaki itu adalah William.
Topic Berkaitan
#dera
#hilang
#keterangan lima individu
#William Yau Zhen Zhong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan