awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas 30kg ganja, tahan lelaki di Miri

Bernama
Bernama
01/04/2025
14:40 MYT
Polis rampas 30kg ganja, tahan lelaki di Miri
Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan merampas 30 kilogram ganja bernilai RM93,000 dalam operasi khas yang dijalankan di Jalan Miri By-pass semalam. - Foto hiasan
KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dan merampas 30 kilogram ganja bernilai RM93,000 dalam operasi khas yang dijalankan di Jalan Miri By-pass semalam, kata Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu.
Beliau berkata suspek ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada kira-kira pukul 3.30 petang, semalam.
"Mahkamah Majistret Miri membenarkan suspek ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Alexson berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis rampas ganja
#Jalan Miri By-pass
#Dadah
#JSJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan