NATIONAL
Polis rampas dadah bernilai hampir RM3 juta, enam ditahan

Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menahan enam individu termasuk dua wanita serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM3 juta. -Sinar Harian
GEORGE TOWN: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM3 juta dalam beberapa serbuan di Butterworth dan di sini pada 6 dan 13 Dis lepas.
Ringkasan AI
- Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan menahan enam individu dan merampas dadah bernilai hampir RM3 juta dalam serbuan di Butterworth dan George Town.
- Serbuan dilakukan oleh JSJN Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Timur Laut berdasarkan maklumat awam dan risikan.
- Kesemua suspek kini direman sehingga 20 Disember dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Di George Town, polis menyerbu premis di Sungai Nibong, Jalan Patani dan Jelutong, manakala di Butterworth polis menyerbu lima buah rumah, dan kesemua mereka ditahan secara berasingan dalam operasi tersebut," katanya pada sidang media di IPD Timur Laut di sini hari ini.
Mohd Alwi berkata hasil serbuan itu, polis merampas 9,822 gram (g) ketamin, 17,050 biji pil eramin 5, dadah jenis ekstasi seberat 1,503 g, methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) seberat 250.64g dan ganja seberat 3.2 g, yang kesemuanya bernilai RM1.34 juta.
Mohd Alwi berkata ssulan operasi 6 Dis itu dan maklumat risikan, polis menyerbu sebuah kondominium mewah di Sungai Nibong pada 4.15 petang 13 Dis lepas, yang dipercayai dijadikan stor menyimpan pelbagai jenis dadah milik sindiket berkenaan
Beliau berkata hasil pemeriksaan di rumah tersebut polis merampas 55,250 biji pil eramin 5, ketamin seberat 382 g dan 50 biji pil estasi, yang kesemuanya bernilai RM1.639 juta.
"Berdasarkan siasatan sindiket itu bergiat aktif sejak awal tahun ini dan mendapatkan bekalan daripada rangkaian pengedaran dadah, sebelum menjualnya untuk pasaran tempatan terutama di pusat-pusat hiburan di sekitar negeri ini," katanya.
Mohd Alwi berkata ekoran penahanan enam individu itu, polis menyita sembilan buah kenderaan yang bernilai RM755,500, wang tunai RM26,085, empat akaun bank berjumlah RM64,703.49 dan barangan kemas bernilai RM800.
Beliau berkata kesemua mereka kini direman sehingga 20 Dis ini bagi membantu siasatan, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami