JOHOR BAHRU: Polis menahan dua penganggur dan merampas pelbagai jenis dadah, antaranya 21.27 kilogram syabu, 727 gram serbuk ecstasy dan 554 gram ketamin, semuanya bernilai kira-kira RM849,192 dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Johor Jaya, di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki berumur 32 dan 38 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor antara pukul 5 petang dan 9 malam.
Beliau berkata siasatan mendapati kedua-dua penganggur itu menjadikan rumah yang berpagar serta berpengawal sebagai stor menyimpan dadah, dan polis turut menyita kenderaan Toyota Vellfire, Proton Saga, sebuah motosikal, jam tangan dan wang tunai kira-kira RM1,730 dalam serbuan itu, yang dianggarkan bernilai\ RM160,430.
"Mereka mengedar jenis dadah yang dibungkus dalam paket kecil, dipercayai diedarkan untuk pasaran tempatan seperti di pusat-pusat hiburan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Katanya dadah berkenaan dijual antara RM150 dan RM350 tiap satu paket kecil.
Kamarul Zaman berkata seorang daripada penganggur itu didapati positif dadah ketamin, dan kedua-dua mereka direman seminggu mulai Rabu lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat (dua, kiri) bersama pegawai yang bertugas menunjukkan pelbagai jenis dadah yang berjaya dirampas berikutan pembongkaran stor penyimpanan dadah. - Foto BERNAMA

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Keringkan empangan demi dapatkan semula telefon bimbit
Pam diesel itu berjaya mengosongkan kira-kira dua juta liter (440,000 gelen) air, cukup untuk mengairkan 600 hektar tanah.

Piala FA: KL City ke separuh akhir selepas bangkit atasi Sabah
Juara tiga kali, Kuala Lumpur City FC menumpaskan tuan rumah Sabah FC 2-1 pada pertembungan suku akhir di Stadium Likas hari ini.

Polis rampas dadah, tahan dua penganggur
Polis menahan dua penganggur dan merampas pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Johor Jaya, Selasa lepas.