GUA MUSANG: Polis merampas dua laras senapang patah bersama 46 butir peluru hidup selepas menahan sebuah kereta dinaiki lima lelaki di Jalan Aring Empat, di sini awal pagi Khamis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kenderaan dinaiki lima lelaki tempatan berusia 25 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada pukul 2.30 pagi.
"Sebaik pemeriksaan dilakukan polis menemui dua laras senapang patah bersama 46 peluru hidup pelbagai jenis yang diletakkan secara berasingan dalam kenderaan tersebut, lima lelaki berkenaan juga gagal menunjukkan lesen pemilikan senjata terbabit.
"Mereka yang bekerja di sebuah ladang sawit berhampiran mengakui senapang patah itu digunakan untuk memburu binatang dalam kawasan ladang terbiar di situ.
"Turut ditemui di dalam kenderaan itu dua kerambit, 29 biji pil kuda dan sebotol air ketum," katanya pada sidang media, di IPD Gua Musang, di sini semalam.
Shafien berkata seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine.
"Mereka ditahan reman sehingga 7 April untuk membantu siasatan, polis kini mengesan seorang lagi lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan senjata api terbabit
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 Penalti Lebih Berat (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Polis menemui dua laras senapang patah bersama 46 peluru hidup pelbagai jenis yang diletakkan secara berasingan dalam kenderaan tersebut. - Foto BERNAMA
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Penipuan SMS kembali aktif
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan taktik penipuan melalui SMS yang dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal seperti Maxis, Celcom dan Digi.
Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata buat masa ini, pasaran saham masih berada dalam keadaan yang stabil.
10 maut, 38 cedera insiden tembakan ketika sambutan kemerdekaan
Insiden tersebut tercetus ketika perayaan kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada tanggal 4 Julai.
Empat maut, empat cedera tembakan rambang
Jabatan Polis Philadelphia mengesahkan seorang suspek, lelaki dewasa bersenjatakan senapang, telah ditahan.
Warga asing ditahan ancam guna 'bakakuk'
Suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal apabila dia ditahan selepas berlaku pergelutan.
10 maut tembakan rambang di pasar raya, suspek ditahan
Polis Buffalo mengesahkan penembak itu kini dalam tahanan, tetapi tidak mendedahkan identiti siuspek.
Empat lelaki direman miliki senapang buatan sendiri di Rembau
Kesemua mereka yang berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan antara 10.45 malam dan 12 tengah malam.
Polis rampas dua senapang patah, 46 peluru hidup di Gua Musang
Kenderaan dinaiki lima lelaki tempatan berusia 25 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari IPD Gua Musang pada pukul 2.30 pagi.
2 maut, 13 cedera ditembak di Chicago
Seramai 15 orang ditembak, dua daripadanya terbunuh, empat senapang dijumpai di lokasi kejadian.
Jabatan Perhutanan Kelantan rancang tambah senjata api untuk penguatkuasaan
Setakat ini, jabatan itu hanya mempunyai tiga pucuk pistol dan lima laras senapang patah yang didapati tidak mencukupi untuk kegunaan pegawai dan anggota.
Pegawai RELA disyaki jual peluru ditahan
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dilakukan pada 6.20 petang Ahad di Jeli.
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.