awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rayu maklumat video tular anggota peronda didakwa ambil rasuah

Bernama
Bernama
22/07/2022
04:22 MYT
Polis rayu maklumat video tular anggota peronda didakwa ambil rasuah
Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berkenaan satu klip video tular di aplikasi TikTok membabitkan sebuah kereta peronda polis disyaki mengambil suapan berhampiran sebuah stesen minyak.
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berkenaan satu klip video tular di aplikasi TikTok yang membabitkan sebuah kereta peronda polis (MPV) disyaki mengambil suapan berhampiran sebuah stesen minyak.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata siasatan awal mendapati kejadian itu mungkin berlaku di Stesen Minyak Shell Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, menghala ke pusat bandar berhampiran pintu gerbang sempadan Kuala Lumpur-Selangor.
"Polis menyeru pemilik akaun TikTok mahupun orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan tarikh dan masa kejadian serta nombor pendaftaran kereta peronda polis berkenaan untuk tampil ke hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam tular satu klip video pendek berdurasi 31 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, stickerpro_my menunjukkan sebuah MPV polis disyaki telah mengambil suapan berhampiran stesen minyak Shell.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TikTok
#video tular
#Rasuah
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan