Polis Sabah merampas dadah jenis Methamphetamine (syabu) seberat 932.82 gram yang dianggar bernilai RM220,000 dalam satu serbuan ke atas sebuah rumah di daerah Penampang, Jumaat lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis menahan seorang lelaki berusia 44 tahun dalam serbuan pada 3 petang itu.
"Ketika serbuan dibuat, suspek cuba membuang sesuatu melalui tingkap rumah tetapi berjaya dihalang dan polis mendapati beg plastik itu mengandungi hablur kristal disyaki syabu dengan berat kasar 428.58 gram," katanya pada sidang media sempena perhimpunan bulanan polis kontinjen Sabah di Ibu Pejabat Polis Kepayan hari ini.
Beliau berkata suspek memiliki rekod jenayah berkaitan narkotik dan pernah ditahan pada 2010 selain positif dadah.
Dalam perkembangan lain, Hamza berkata pasukan Polis Marin menahan tiga suspek yang cuba membawa masuk 880 batang kayu bernilai RM180,700 pada Sabtu lepas.
"Dalam Ops Cantas Laut Khas pada jam 6 pagi yang dibuat di Sungai Kalabakan, Polis Marin berjaya mengesan 60 kayu balak beserta ratusan kayu nibong cuba dibawa masuk ke negara ini dari negara jiran, iaitu Indonesia," katanya sambil menambah suspek yang berumur 30 hingga 49 tahun gagal menunjukkan permit apabila diminta berbuat demikian.
Hamza berkata mereka diserah kepada Jabatan Perhutanan dan disiasat mengikut Seksyen 30(g) Enakmen Perhutanan 1968.
Bernama
Mon Oct 14 2013
Etika pacu kemampanan kewartawanan profesional, pemisah 'wartawan jadian'
Etika kewartawanan yang diamalkan wartawan profesional merupakan nadi kepada industri kewartawan yang mempunyai kredibiliti dan dipercayai.
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Skandal RM1.5 juta Bukit Aman: Pegawai kanan polis antara enam ditahan
Pegawai kanan polis antara enam ditahan berhubung dakwaan salah laku melibatkan lebih RM1.5 juta peruntukan membaik pulih dan menaik taraf ibu pejabat polis di Bukit Aman.
Polis kaji dakwa bapa kanak-kanak hilang bersama pacuan empat roda
Polis berkemungkinan akan menyiasat bapa kanak-kanak itu, Low Yee Shang, 31, di bawah Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian meninggalkan anaknya di dalam kenderaan pacuan empat roda dengan enjin hidup.
Dua warga Jerman diculik di perairan Filipina, bukan di Sabah - Hamza
Dua lelaki warga Jerman yang dilaporkan diculik hari ini disahkan berlaku di perairan Filipina.
Empat ditahan dalam kes penculikan Semporna
Empat orang telah ditahan berkaitan dengan kejadian penculikan di Singamata Reef Resort Semporna, Sabah.
Dua diculik sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna
Tujuh lelaki menyerbu sebuah resort di Semporna serta menculik seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China.
Polis percaya mangsa culik Pulau Pom Pom masih hidup
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri dan usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan.
Hamza: Penumpang trak yang terkorban
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menegaskan anggota tentera yang terkorban dalam kemalangan di kilometer 37 Jalan Lahad Datu Tengku pagi semalam bukanlah pemandu trak.