Polis sedang mengkaji untuk mendakwa bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilarikan bersama kenderaan Hilux-Vigo yang ditinggalkan bapanya di sebuah stesen minyak di Kampung Air, di sini, awal pagi Jumaat lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pihaknya berkemungkinan akan menyiasat bapa kanak-kanak itu, Low Yee Shang, 31, di bawah Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian meninggalkan anaknya di dalam kenderaan pacuan empat roda dengan enjin masih hidup.
"Kanak-kanak itu masih belum (dapat) dikesan dan saya mengarahkan pihak OCCI mengkaji siasatan.
"Mungkin mendakwa (si bapa) di bawah akta kanak-kanak atas kecuaiannya meninggalkan anak yang masih kecil dalam kenderaan dengan enjin hidup dan pergi ke tandas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Hamza berkata polis menjalankan 'Op Tutup' bagi menjejaki kanak-kanak itu di seluruh negeri termasuk di terminal bas dan laluan sempadan negeri Sarawak.
"Berdasarkan maklumat setakat ini tiada perkembangan terbaharu dan kita masih menjejaki kanak-kanak itu ke seluruh negeri," katanya.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa berpakaian t-shirt putih dan berseluar pendek difahamkan sedang lena tidur di dalam kenderaan berkenaan sebelum polis menemui kenderaan itu di Menara Jam, Bukit Bendera pada kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung dengan sulit atau dengan salah yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 088-529270, 088-529207 atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 016-3572935.
Bernama
Sun May 11 2014
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
AWANI Borneo [28/04/2024] – Daftar di Yayasan Sarawak | Kos ganti paip RM9 bilion | Tarikan Kitaro
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
#AWANIBorneo 28 April 2024
- Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
- Kebocoran paip penyumbang utama air tidak terhasil
- Kitaro magnet tarik pengunjung RWMF 2024
#AWANInews
Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Skandal RM1.5 juta Bukit Aman: Pegawai kanan polis antara enam ditahan
Pegawai kanan polis antara enam ditahan berhubung dakwaan salah laku melibatkan lebih RM1.5 juta peruntukan membaik pulih dan menaik taraf ibu pejabat polis di Bukit Aman.
Polis kaji dakwa bapa kanak-kanak hilang bersama pacuan empat roda
Polis berkemungkinan akan menyiasat bapa kanak-kanak itu, Low Yee Shang, 31, di bawah Akta Kanak-Kanak kerana kecuaian meninggalkan anaknya di dalam kenderaan pacuan empat roda dengan enjin hidup.
Dua warga Jerman diculik di perairan Filipina, bukan di Sabah - Hamza
Dua lelaki warga Jerman yang dilaporkan diculik hari ini disahkan berlaku di perairan Filipina.
Empat ditahan dalam kes penculikan Semporna
Empat orang telah ditahan berkaitan dengan kejadian penculikan di Singamata Reef Resort Semporna, Sabah.
Dua diculik sekumpulan lelaki di sebuah resort di Semporna
Tujuh lelaki menyerbu sebuah resort di Semporna serta menculik seorang pekerja warga Filipina dan seorang pelancong dari China.
Polis percaya mangsa culik Pulau Pom Pom masih hidup
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengesahkan lelaki dan wanita berkenaan bukan pasangan suami isteri dan usaha menjejaki kumpulan penjenayah terbabit sedang giat dijalankan.
Hamza: Penumpang trak yang terkorban
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib menegaskan anggota tentera yang terkorban dalam kemalangan di kilometer 37 Jalan Lahad Datu Tengku pagi semalam bukanlah pemandu trak.