awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan buka kertas siasatan kes Musa Hassan, isteri - Ketua Polis KL

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
08/03/2023
11:11 MYT
Polis sahkan buka kertas siasatan kes Musa Hassan, isteri - Ketua Polis KL
Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan membabitkan Musa Hassan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.
"Saya sahkan kita (polis) terima laporan dan kertas siasatan sudah dibuka.
"Kita akan rujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan selesai dalam masa terdekat,"katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Astro AWANI difahamkan kedua-dua pihak sudah dipanggil untuk memberi keterangan.
Sebelum ini, tiga rakaman video berdurasi sembilan saat, 56 saat dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak.
Susulan itu, Musa menerusi ciapannya di Twitter meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya.
Beliau turut mengesakan, mereka yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Topic Berkaitan
#Musa Hassan
#Ketua Polis Negara
#video tular
#isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan