awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
Dua pesawat bergesel di Lapangan Terbang Mumbai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan enam sekeluarga maut di Segamat

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/09/2023
02:03 MYT
Polis sahkan enam sekeluarga maut di Segamat
Polis mengesahkan enam sekeluarga maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat, petang semalam.
SEGAMAT: Polis mengesahkan enam sekeluarga maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejadian kira-kira pukul 6.37 itu berlaku selepas sebuah lori membawa muatan pasir hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Katanya, lori berkenaan kemudian bertembung dengan kereta jenis Perodua Alza dinaiki tujuh beranak itu sebelum lima daripada mereka meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabia sebuah Honda HRV memperlahankan kenderaan kerana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan sebelum lori yang bergerak dari arah sama gagal membrek dan hilang kawalan.
“Akibat pelanggaran itu, lori berkenaan terbabas ke sebelah kanan jalan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki tujuh sekeluarga itu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang maut merupakan pasangan suami isteri berusia 46 dan 43 tahun serta empat anak mereka berusia 5, 10, 13 dan 17 tahun.
Katanya, seorang lagi anak mereka yang merupakan remaja lelaki berusia 15 tahun mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan.
“Dalam kejadian ini pemandu lori juga mengalami kecederaan parah.
“Polis Daerah Segamat memohon saksi awam yang mempunyai maklumat untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD) ditalian 079325811,” tambahnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#Enam sekeluarga maut
#kemalangan
#Segamat
#lori muatan pasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan