awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan kenderaan DBKL terlibat kemalangan di lebuh raya

Bernama
Bernama
08/06/2019
09:29 MYT
Polis sahkan kenderaan DBKL terlibat kemalangan di lebuh raya
Polis sahkan SUV milik DBKL terbabit kemalangan dengan motosikal di Kilometer 253.3, Lebuhraya PLUS, arah utara, berhampiran Pedas pada Khamis. -Gambar hiasan
Polis mengesahkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Nissan X-Trail milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Kilometer 253.3, Lebuhraya PLUS, arah utara, berhampiran Pedas, dekat sini Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Supt Ibrahim Mohd Abdul berkata kenderaan itu dipandu Ahmad Fadzhli Idzhar, 28, yang juga pemandu gantian kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad.
Katanya kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang apabila kenderaan yang dalam perjalanan dari arah Rembau menghala Kuala Lumpur itu dirempuh sebuah motosikal dari arah belakang, yang mengakibatkan penunggangnya Razuan A Rahman, 31, terjatuh dan patah tangan kiri, manakala pemandu dan penumpang SUV tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau yang dihubungi di sini hari ini berkata kejadian berlaku di lorong kecemasan lebuhraya, apabila pemandu SUV itu terpaksa mengelak daripada melanggar kenderaan di hadapannya yang menekan brek secara mengejut, dan menurutnya pemandu kenderaan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beberapa media sebelum ini melaporkan insiden kemalangan yang membabitkan kenderaan milik DBKL itu, yang dikatakan dipandu oleh seorang pegawai menteri.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fadzhli Idzhar
#DBKL
#Ibrahim Mohd Abdul
#kesesakan lalu lintas
#Khalid Samad
#Nissan X-Trail
#Razuan A Rahman
#Seksyen 43 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987
#SUV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan