awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Sarawak sasar vaksin 45,567 anjing menerusi program di seluruh negeri
Kod Tatalaku Laut China Selatan bukan instrumen selesai pertindihan kawasan - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan lebih 400 individu ditahan kes sindiket penipuan dalam talian

Bernama
Bernama
28/08/2025
08:49 MYT
Polis sahkan lebih 400 individu ditahan kes sindiket penipuan dalam talian
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata satu sidang media akan dilakukan dalam masa terdekat berhubung kes berkenaan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lebih 400 individu disyaki terbabit dalam sindiket penipuan dalam talian ditahan di ibu negara, Selasa lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata satu sidang media akan dilakukan dalam masa terdekat berhubung kes berkenaan.
"Saya sahkan perkara itu berlaku dan tangkapan melibatkan jumlah yang ramai," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Semalam, media tempatan melaporkan polis menumpaskan sindiket perjudian dan penipuan dalam talian terbesar di ibu negara selepas menahan lebih 100 individu dalam serbuan di sebuah menara komersial di Bangsar South di sini.
Ia turut mencetuskan spekulasi di media sosial yang mendakwa bangunan itu mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat atau broker dalam talian serta didakwa tidak memiliki lesen Bank Negara Malaysia (BNM) selain berdepan rungutan pelanggan yang gagal mengeluarkan wang.
Dalam perkembangan berasingan, Fadil berkata dua kejadian melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi swasta di Setapak yang terjatuh dari sebuah kondominium di Persiaran Pertahanan, Taman Melati, di sini pada 20 Ogos lepas, tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan secara menyeluruh termasuk dakwaan berlakunya kejadian buli.
"Siasatan itu di bawah Seksyen 507B Kanun Keseksaan selari dengan kertas siasatan yang dibuka di bawah mati mengejut (SDR)," katanya.
Dalam insiden pertama pada 6.48 pagi, seorang pelajar wanita berusia 22 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 22 dan ditemukan di tingkat lapan kondominium itu sebelum disahkan meninggal dunia.
Bedah siasat mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan dialami akibat terjatuh dari tempat tinggi dan pemeriksaan di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai SDR.
Dalam insiden kedua pada 9.35 malam, seorang lelaki berumur 21 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 35 dan ditemukan di bahagian belakang kondominium itu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Siasatan mendedahkan kedua-dua mangsa belajar di kolej swasta yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#400 individu ditahan
#sindiket penipuan
#penipuan dalam talian
#serbuan
#Bangsar South
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan