awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan OKT mati mengejut dalam tahanan

Bernama
Bernama
13/01/2022
16:39 MYT
Polis sahkan OKT mati mengejut dalam tahanan
PDRM mengesahkan lelaki yang merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) berusia 63 tahun itu adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping dan ditempatkan di IPD Taiping.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki warga tempatan mati mengejut dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Perak pagi Khamis.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata lelaki yang merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) berusia 63 tahun itu adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping dan ditempatkan di IPD Taiping.
"OKT telah ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes pada 11 Jan lepas sementara menanti sebutan seterusnya pada esok," katanya dalam kenyataan malam ini.
Azri berkata OKT itu dituduh pada 18 April tahun lepas di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan (kerana mencuri sebuah kenderaan motor) dan Seksyen 324 (kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata).
Mengulas lanjut, beliau berkata Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#okt
#mati mengejut
#IPD Taiping
#Azri Ahmad
#Bukit Aman
#Penjara Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan