awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan rakyat Malaysia disyaki terlibat kes makmal syabu ditahan di Indonesia

Bernama
Bernama
15/08/2022
16:06 MYT
Polis sahkan rakyat Malaysia disyaki terlibat kes makmal syabu ditahan di Indonesia
PDRM berkata, semakan mendapati suspek yang ditahan tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, sukarelawan polis atau polis bantuan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang lelaki rakyat Malaysia yang ditahan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia pada bulan lepas disyaki terlibat dalam kes makmal memproses syabu di Batam.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM ACP A Skandaguru berkata bagaimanapun suspek bukan pegawai polis seperti yang didakwa dalam video yang tular menerusi berita TVOneNews di saluran YouTube mengenai penahanan itu.
"Hasil semakan mendapati suspek yang ditahan tersebut tidak pernah berkhidmat sebagai pegawai polis, sukarelawan polis atau polis bantuan.
"Rekod turut mengesahkan suspek berkenaan mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan kekerasan dan menyamar sebagai polis," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Menurutnya, PDRM sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung kes terbabit dan bersedia menyalurkan maklumat yang diperlukan dalam usaha membanteras jenayah narkotik.
Terdahulu, tular video di media sosial mengenai penahanan tiga suspek lelaki yang mana seorang daripada mereka merupakan warganegara Malaysia dan didakwa seorang pegawai polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Indonesia
#makmal syabu
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan