awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan remaja lelaki hilang di Gua Musang

Bernama
Bernama
11/01/2022
15:41 MYT
Polis sahkan remaja lelaki hilang di Gua Musang
Kawasan pencarian dengan jarak radius dua kilometer itu turut melibatkan agensi lain iaitu JBPM, APM dan dibantu penduduk kampung. - Gambar hiasan/ Bernama
GUA MUSANG: Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, dekat sini, yang ditularkan menerusi media sosial, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supritendan Sik Choon Foo berkata laporan kehilangan remaja terbabit dibuat oleh ibunya pada pukul 7 malam tadi, selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak semalam (10 Jan).
"Mangsa dipercayai keluar daripada rumah pukul 9 malam, semalam, sebelum ibunya menyedari mangsa belum pulang ke rumah pada pukul 3 pagi hari ini, dan terus mencarinya bersama keluarga sekitar kampung.
"Pihak kami telah terima laporan mengenai kehilangan mangsa malam ini dan operasi mencari dan menyelamat akan digerakkan pada hari esok (12 Jan), pukul 8 pagi," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mengulas lanjut, Sik berkata kawasan pencarian dengan jarak radius dua kilometer itu turut melibatkan agensi lain iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu penduduk kampung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#Gua Musang
#Tular
#hilang di kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan