SEPANG: Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Taman Salak Maju di sini, yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata laporan kehilangan Salsabila Putri Mad Nasir, 13, dibuat oleh abang remaja itu Mohammad Fitra Mad Nasir, di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira pukul 10 pagi semalam.
"Menurut laporan yang dibuat abangnya, kehilangan Salsabila Putri disedari pada pukul 2.30 pagi semalam (25 Dis).
"Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Kamarul Azran berkata menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan homestay itu mendapati, Salsabila Putri telah keluar rumah dengan berpakaian serba hitam dan berjumpa dengan seorang lelaki, yang telah membawa remaja itu keluar daripada kawasan perumahan tersebut.
"Pengadu juga telah menghubungi adiknya beberapa kali tetapi tidak dapat," katanya.
Sementara itu, Mohammad Fitra ketika dihubungi berkata sebelum kejadian, adik bongsu dari enam beradik itu tidak merajuk atau bergaduh, dengan mana-mana ahli keluarga.
"Kami sekeluarga baru sampai dari Pulau Pinang dan kami datang ke sini untuk bercuti.
"Adik saya berketinggian 165 sentimeter dengan anggaran berat 50 kilogram," katanya, menambah semasa keluar dari homestay itu, Salsabila Putri berpakai serba hitam, berpelitup muka warna kelabu dan kasut bewarna kelabu.
Mohammad Fitra berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai adiknya untuk menghubungi beliau di talian 017-4807301 atau 011-11232617.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022

Salsabila Putri dipercayai keluar rumah dengan berpakaian serba hitam dan berjumpa dengan seorang lelaki, yang telah membawa remaja itu keluar daripada kawasan perumahan tersebut. - Gambar hiasan

Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan
Penghantar barang ditahan curi bungkusan berisi emas pelanggan

Sultan Johor titah cadangkan tanah Orang Asli dijadikan Tanah Kesultanan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mencadangkan tanah-tanah Orang Asli di negeri ini dijadikan Tanah Kesultanan.

12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi
Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lepas.

Restoran jijik diarah tutup, dapur kotor ada najis tikus
Semua premis makanan itu terletak di Jalan Sri Bintang, Taman Salak Selatan, Jalan Leboh Ampang, Jalan Kancil, Jalan Waras 1, Jalan Sarjana dan Bangsar Village.

Motosikal terbabas, remaja maut digilis bas di LPT2
Seorang remaja maut selepas digilis sebuah bas dalam nahas membabitkan tiga kenderaan dalam kejadian di kilometer 337.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada Sabtu.

Pentingkan keselamatan makanan di bulan Ramadan
Dalam usaha memastikan kebersihan makanan yang disediakan di Bazar Ramadan, KKM sentiasa menjalankan penguatkuasaan, pemantauan dan pemeriksaan sebelum, semasa dan selepas Ramadan.

Kempen 'Perhati dan Pilih' untuk pengunjung Bazar Ramadan
'Sama-sama Perhati dan Pilih di Bazar Ramadan" merupakan slogan KKM bagi memastikan pengunjung Bazar Ramadan menitik beratkan aspek keselamatan dan kebersihan pengendali makanan yang menjual juadah berbuka puasa.

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

Seorang remaja ditemui lemas, seorang masih hilang di Pantai Tanjung Balau
Kegembiraan dua remaja yang dipercayai sedang bermandi-manda di Pantai Tanjung Balau, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang sejak April 2022
Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Perpaduan di sini sejak April tahun lepas.

Polis sahkan remaja perempuan hilang di Sepang
Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Taman Salak Maju di sini, yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Remaja hilang ditemui sambil memeluk pokok
Remaja tersebut, Norhisham Saifudin ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam keadaan lemah pada hari keempat kehilangannya.

Remaja lelaki hilang di Kampung Temalir, Kuala Krai ditemukan
Seorang remaja lelaki yang hilang selepas melarikan diri ke dalam hutan di belakang rumahnya di Kampung Temalir, Selasa lepas, ditemukan dalam keadaan lemah.

Remaja 18 tahun hilang dalam hutan
Menurut dakwaan abangnya, remaja berkenaan dikatakan telah melarikan diri ke dalam hutan dan tidak dapat dikesan.

Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Desa Pakatan, di Ipoh.

Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang selepas beli air
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dari Tambun di sini yang dilaporkan hilang, bulan lalu.

Remaja perempuan hilang 6 hari ditemui di Bangi
Remaja itu ditemui dalam keadaan selamat, namun beliau tidak mendedahkan secara terperinci lokasi penemuan terbabit.

Polis terima laporan remaja perempuan hilang, minta orang awam salur maklumat
Polis sudah menerima laporan berhubung kehilangan seorang remaja perempuan dikenali sebagai Nur Hidayati Duwaijah Mazlan sejak 20 Jun lepas di Kampung Bandar Dalam, Sentul.