Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya kini telah membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) untuk tujuan siasatan awal.
“Buat masa ini, hanya rakaman percakapan pengadu diambil berhubung perkara tersebut.
“Keterangan bagi pihak lain akan diambil setelah mendapat arahan daripada pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Terdahulu, tular di media sosial Facebook gambar laporan polis yang dimuat naik individu menggunakan akaun bernama Azmi Arshad.
Dalam laporan yang dibuat pada 3 Mei lepas, seorang wanita mendakwa membaca page Facebook akaun Dr Zulkifli Al-Bakri yang memuat naik pelbagai aktiviti dilakukan sejak dilantik menjadi Menteri Agama.
Dalam laporan itu, wanita itu menyatakan terdapat pelanggaran PKP dilakukan Zulkifli antaranya pada 31 Mac apabila memuat naik gambar beliau menyampaikan surat pertukaran kepada pegawai kanan Jakim dan pada 13 April memanggil Datuk Dr Fathul Bari mengadakan mesyuarat dan bergambar tanpa mengamalkan penjarakan sosial dan banyak lagi.
Justeru, dalam laporan itu wanita berkenaan menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan respons Zulkifli berhubung perkara tersebut.
Afiezy Azaman
Thu May 14 2020

Laporan polis yang tular di media sosial mengenai dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -Gambar Facebook Azmi Arshad

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pelabur dikatakan bimbang dengan inflasi yang sangat tinggi di Eropah dan ramai yang mengambil pendirian 'tunggu dan lihat'.

Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.

UEM Sunrise gagal muktamad pembelian tanah bernilai RM384 juta berhampiran KLCC
Nipponkey Sdn Bhd akan membayar balik deposit kepada Lucky Bright Star, termasuk sebarang faedah terakru, dalam tempoh 14 hari.

Gempa Turkiye: Saya masih trauma - Pelajar Malaysia
Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di Universiti Gaziantep berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen.

Tiada penyelewengan wang zakat MAINS - SPRM
Siasatan berhubung isu berkenaan telah selesai pada 2019 dan mendapati tidak menemukan jenayah rasuah.

Pantau Kerajaan Baharu | Impak Lawatan PM Ke Thailand

Jo Ghani desak Goldman Sachs segera bayar hutang 1MDB kepada kerajaan Malaysia
Perjanjian antara bank pelaburan AS dan kerajaan Muhyiddin menjangkakan Malaysia menerima jumlah itu dalam aset 1MDB menjelang 2025.

AWANI Ringkas: Menu Rahmah tidak libatkan perbelanjaan kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

14 maut trak menyeludup migran terbalik
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan sudah menemui kesemua mayat yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Ibu lapor polis guru dorong anak masuk Islam
Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini dan beberapa orang saksi telah dirakam percakapan.

PRU15: Tiga nasihat Dr Zulkifli untuk parti politik
Semua pihak terbabit diminta supaya memperbaharui niat ketika memasuki kempen PRU akan datang.

Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku
Zulkifli berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di Youtube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.

Vaksin COVID-19: Kadar suntikan pantas, Arab Saudi buka pintu pelancongan kepada Malaysia
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ini walaupun Malaysia mempunyai kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.

Kebenaran solat jemaah: Imarahkan masjid dengan pematuhan SOP - Zulkifli
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan berhubung had jemaah mengikut SOP yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

160 pegawai Jakim ditempatkan di hospital tangani kes kemurungan - Menteri Agama
Ini bagi menangani masalah kerohanian, kemurungan dalam kalangan pesakit dan juga kakitangan hospital sendiri akibat pandemik COVID-19

"Dahulu beliau mandikan jenazah pesakit COVID-19, kini jenazah beliau pula dimandikan" - Zulkifli
Kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Datu Sadam yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

'Detektif Lim' Gerak Khas bernikah, Menteri Agama ucap tahniah
Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri terserempak dengan Farid Amirul dan pasangannya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada Selasa.

Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli
Pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus, kerana ia merupakan keperluan ketika ini.

Tak viral, tak dapat bantuan? 'Log out' dan lihat sekeliling - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menasihatkan khalayak agar tidak hanya melihat satu perkara seperti yang dipaparkan di media sosial sahaja.

Pertimbang bantu pelajar terkesan PdPR - Zulkifli
Zulkifli berkata pihaknya sedang merancang untuk membantu pelajar khususnya daripada golongan tidak berkemampuan yang terkesan dengan kaedah PdPR.