awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sedang kesan empat lelaki pukul gelandangan

Bernama
Bernama
04/06/2023
08:54 MYT
Polis sedang kesan empat lelaki pukul gelandangan
Kumpulan individu itu memukul lelaki gelandangan berkenaan menggunakan pemukul besbol jenis besi.
SHAH ALAM: Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki warga tempatan yang bertindak memukul seorang individu dipercayai gelandangan di kawasan bawah jambatan sekitar Pelabuhan Klang, dekat sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata ia berikutan pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada 12.02 tengah malam tadi yang melihat video berdurasi 24 saat di laman sosial Instagram sehari sebelumnya, memaparkan sekumpulan individu memukul lelaki gelandangan menggunakan pemukul besbol jenis besi.
Susulan itu, beliau berkata Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
"Polis kini sedang berusaha mengesan mangsa bagi mengetahui kejadian sebenar," katanya menerusi kenyataan.
Menurutnya orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta menyalurkannya kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#pukul gelandangan
#Tular
#media sosial
#Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan