awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sedang kesan suspek cuba larikan lembu di Pekan

Bernama
Bernama
01/12/2025
12:30 MYT
Polis sedang kesan suspek cuba larikan lembu di Pekan
Zaidi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.21 malam. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Polis sedang mengesan suspek yang cuba melarikan seekor lembu di sebuah ladang kelapa sawit milik Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) di Kampung Landai, Nenasi di Pekan, petang semalam.

Ringkasan AI
  • Polis sedang mengesan suspek cuba melarikan lembu di ladang kelapa sawit milik LKPP di Kampung Landai, Nenasi di Pekan.
  • Ketua Polis Daerah Pekan menerima laporan kejadian itu pada 9.21 malam selepas pengadu mendapati kenderaan mencurigakan di kawasan ladang.
  • Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri, sementara siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.21 malam.
Beliau berkata pengadu dimaklumkan oleh bapa saudaranya mengenai sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di kawasan ladang berkenaan sebelum pergi ke lokasi itu untuk membuat pemeriksaan.
"Pengadu kemudian terserempak dengan kenderaan tersebut dan mendapati terdapat seekor lembu di dalamnya. Pengadu bersama beberapa orang awam cuba mengejar suspek, namun gagal," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaidi berkata ketika dikejar, suspek yang merupakan seorang lelaki telah membuka pintu belakang kenderaan dan menolak keluar lembu berkenaan ke tepi jalan sebelum melarikan diri.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti serta mengesan suspek.
Terdahulu, tular satu video berdurasi 40 saat di media sosial yang memapar sebuah kenderaan diekori rapat kerana disyaki membawa lari seekor lembu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#media sosial
#LKPP
#siasatan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan