NATIONAL
Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di Lembah Klang

Polis menyelamatkan 16 individu yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis menyelamatkan 16 individu dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dalam beberapa sektor pekerjaan menerusi Op Pintas Mega yang dijalankan Bahagian Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D3) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di sekitar Lembah Klang semalam.
Ringkasan AI
- Polis menyelamatkan 16 individu yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa dalam beberapa sektor pekerjaan di sekitar Lembah Klang.
- Serbuan di restoran, tapak pembinaan, dan bengkel kereta membawa kepada penahanan beberapa majikan dan penyelia di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Imigresen 1959/63.
- Polis komited membanteras jenayah pemerdagangan orang dan menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat jika mengesyaki sebarang aktiviti pemerdagangan orang di kawasan mereka.
"Turut ditahan, 20 lagi individu termasuk warga India, Myanmar, Bangladesh dan Indonesia berumur antara 22 hingga 45 tahun di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata serbuan kedua pada 11.30 pagi di tapak pembinaan di Pantai Dalam, di sini menyelamatkan lapan lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan tujuh warga Bangladesh berumur 35 hingga 51 tahun.
Soffian berkata dua warga Bangladesh berusia 39 dan 45 tahun yang merupakan penyelia ditahan di bawah Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007, manakala 17 lelaki lain ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"Dua lagi serbuan dilakukan di dua bengkel kereta di Puchong Utama kira-kira 4.15 dan 4.25 petang, menyelamatkan tiga remaja lelaki berusia antara 14 hingga 17 tahun, termasuk seorang warga Myanmar," katanya.
Beliau berkata dua lelaki tempatan berusia 47 tahun yang nerupakan majikan ditahan di bawah Seksyen 14 ATIPSOM 2007, manakala dua lelaki warga Myanmar berusia 33 dan 35 tahun ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Brickfields dan Subang Jaya untuk tindakan lanjut.
Operasi bersepadu itu, katanya turut melibatkan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
"Polis komited membanteras jenayah pemerdagangan orang dan menyeru orang ramai menyalurkan maklumat sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti sedemikian di kawasan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami