awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Selangor panggil Paderi Lawrence Andrew untuk beri keterangan - Peguam

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
08/01/2014
00:46 MYT
Polis Selangor panggil Paderi Lawrence Andrew untuk beri keterangan - Peguam
Lawrence Andrew - fotoBernama
Susulan kenyataannya mengenai isu kalimah Allah kepada The Malaysian Insider.com pada 27 Dis lepas, Paderi Lawrence Andrew telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk memberi keterangan mengenainya pada Selasa.
Menurut laporan Bernama, peguam Lawrence, Francis Pereira memaklumkan bahawa pihak polis telah merakam keterangan anak guamnya itu bermula pada pukul 3 petang dan selesai pada pukul 5 petang.
"Kami dimaklumkan polis menyiasat perkara ini mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan berhubung kenyataannya kepada wartawan portal berita (The Malaysian Insider.com) Eileen Ng, minggu lalu," kata Pereira ketika dihubungi.
Pada 27 Dis lepas, Lawrence dilaporkan telah menyatakan pendiriannya kepada portal berita tersebut bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia meskipun JAIS akan menghantar notis peringatan mengenai larangan pengunaan kalimah itu oleh bukan Islam.
Susulan itu juga, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Sekretariat NGO Gabungan Negeri Selangor dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) telah membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan berhubung kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Kalimah Allah
#Lawrence Andrew
#paderi Katolik
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan